Ini adalah tulisan yang kedua yang saya buat menggunakan Windows Live Writer iaitu sebuah perisian yang membolehkan anda menulis blog secara offline. Saya baru sahaja install perisian ini semalam walaupun ianya sudah hampir setahun dikeluarkan oleh Microsoft. Apa yang saya boleh katakan ialah saya amat kagum dengan perisian ini dan menjadikan saya bersemangat untuk mengemaskini blog.
Sebelum ini saya telah mencuba beberapa offline editor seperti Qumana, Ecto, Performancing dan sebagainya tetapi kesemuanya tidak memenuhi ciri-ciri yang saya inginkan. Antara ciri-ciri Windows Live Writer ialah
- Boleh digunakan dengan blog servis daripada Windows Live Spaces, Sharepoint, Wordpress, Blogger, LiveJournal, TypePad, Movable Type dan sebagainya
- Mempunyai fungsi WYSIWYG editor dimana anda anda menulis blog sama seperti menulis menggunakan Microsoft Word. Anda boleh memilih untuk melihat bagaimana tulisan tersebut kelihatan di blog anda
- Memasukkan gambar, video dan jadual dengan mudah
Jika fungsi-fungsi sedia ada tidak cukup, anda boleh mendapatkan plugin yang boleh menambahkan pelbagai lagi fungsi kepada Windows Live Writer.
0 komentar
Posting Komentar